Thursday, April 24, 2008

TAWARAN BIASISWA KERAJAAN REPUBLIK MESIR TAHUN 2008

Adalah saya diarahkan menarik perhatian Y. Bhg.Dato/ Datin/Tuan/Puan kepada perkara di atas.

2. Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Kerajaan Republik Mesir telah mempelawa calon-calon berkelayakan dari Malaysia ntuk memohon biasiswa bagi mengikuti pengajian di peringkat ljazah Pertama,Sarjana dan Doktor Falsafah,dan kursus Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar. Program ini dibiayai oleh Kerajaan Mesir dan bertujuan untuk mengeratkah hubungan diplomatic diantara negara-negara OlC.

3. Sehubungan itu, kerjasama pihak Y. Bhg. Dato'/Datin/T uan/Puan adalah dipohon untuk menyebarkan tawaran biasiswa ini kepada pegawai dan kakitangand iinstitus miasing-masing dengan kadar segera. Permohonan daripada pegawai dan kakitangan Kerajaan hendaklah rnelalui Ketua Jabatan dan memenuhi syarat-syarat berikut:-

i) Telah disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan;

ii) Bersih daripada pertuduhan tatatertib dan bebas daripada dakwaan mahkamah;

iii) Mempunyai kelayakan yang sesuai dengarn bidang kursus yang ditawarkan;

iv) Telah mengisytiharkah harta; dan

v) Syarat-syarat lain yang dinyatakan dalam risalah.

4. Bersama-sama ini dilampirkan risalah yang mengandungi maklumat lanjut dan borang permohonan untuk makluman dan tindakan seterusnya. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Mei 2008 dan segala permohonan hendaklah dipanjangkan kepada:-

Bahagian Biasiswa
Kementeria Pengajian Tinggi
Aras 4, Blok 1, Menara PjH
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Presint2
62100 PUTRAJAYA
U/P: Cik Norkamilah Bt Zanial

1 comment:

bintmohddin said...

salam.saya maryam dari universiti kaherah,mesir.tahun lepas saya telah memohon untuk bisiswa republik mesir..setelah menghantar borang,tiada apa2 maklumat yang saya dapat.Adakah saya tidak diterima?sekarang saya akan ke tahun 2,bolehkah saya memohon lagi?mohon penjelasan.