Thursday, April 24, 2008

TAWARAN BIASISWA KERAJAAN REPUBLIK MESIR TAHUN 2008

Adalah saya diarahkan menarik perhatian Y. Bhg.Dato/ Datin/Tuan/Puan kepada perkara di atas.

2. Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Kerajaan Republik Mesir telah mempelawa calon-calon berkelayakan dari Malaysia ntuk memohon biasiswa bagi mengikuti pengajian di peringkat ljazah Pertama,Sarjana dan Doktor Falsafah,dan kursus Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar. Program ini dibiayai oleh Kerajaan Mesir dan bertujuan untuk mengeratkah hubungan diplomatic diantara negara-negara OlC.

3. Sehubungan itu, kerjasama pihak Y. Bhg. Dato'/Datin/T uan/Puan adalah dipohon untuk menyebarkan tawaran biasiswa ini kepada pegawai dan kakitangand iinstitus miasing-masing dengan kadar segera. Permohonan daripada pegawai dan kakitangan Kerajaan hendaklah rnelalui Ketua Jabatan dan memenuhi syarat-syarat berikut:-

i) Telah disahkan dalam perkhidmatan pada tarikh tutup permohonan;

ii) Bersih daripada pertuduhan tatatertib dan bebas daripada dakwaan mahkamah;

iii) Mempunyai kelayakan yang sesuai dengarn bidang kursus yang ditawarkan;

iv) Telah mengisytiharkah harta; dan

v) Syarat-syarat lain yang dinyatakan dalam risalah.

4. Bersama-sama ini dilampirkan risalah yang mengandungi maklumat lanjut dan borang permohonan untuk makluman dan tindakan seterusnya. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Mei 2008 dan segala permohonan hendaklah dipanjangkan kepada:-

Bahagian Biasiswa
Kementeria Pengajian Tinggi
Aras 4, Blok 1, Menara PjH
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
Presint2
62100 PUTRAJAYA
U/P: Cik Norkamilah Bt Zanial